LATARBELAKANG
Perayaan Paska
Hari Raya Paska merupakan suatu perayaan agama tahunan supaya orang-orang Yahudi mengenangkan bagaimana Allah menyelamatkan bangsa mereka daripada perhambaan di tanah Mesir. Mereka diingatkan terutamanya bagaimana pemusnah membunuh semua anak sulung bangsa Mesir, tetapi "melewati" semua keluarga Yahudi. Allah memberitahu mereka bahawa mereka akan dilindungi dengan memercikkan darah domba pada ambang dan tiang-tiang pintu rumah. Selepas peristiwa inilah orang-orang Mesir akhirnya membenarkan orang-orang Yahudi meninggalkan tanah Mesir. Bahagian penting dalam perayaan Paska ialah menyembelih dan memakan domba Paska.
Keluaran 12:1-28
15
TUHAN berfirman, "Selama tujuh hari kamu tidak boleh makan roti yang beragi. Makanlah roti
yang tidak beragi sahaja. Pada hari pertama kamu mesti membuang segala ragi yang
terdapat di dalam rumah kamu. Jika ada seseorang yang makan roti beragi selama
tujuh hari itu, dia tidak lagi dianggap sebagai anggota umat-Ku.
16
Pada hari pertama, dan sekali lagi pada hari ketujuh, kamu mesti berkumpul untuk
beribadat. Pada hari-hari itu kamu tidak boleh melakukan pekerjaan apa pun,
tetapi kamu boleh menyiapkan makanan.
17
Rayakanlah jamuan roti tidak beragi ini, kerana pada hari inilah Aku membawa
sukubangsa kamu keluar dari Mesir. Rayakanlah hari ini untuk
selama-lamanya.
18
Kamu mesti makan roti tidak beragi, mulai pada malam hari yang keempat belas bulan pertama
sehingga malam hari yang kedua puluh satu.
19-20
Selama tujuh hari, ragi tidak boleh disimpan di dalam rumah kamu, kerana sesiapa
yang memakan roti yang beragi, baik dia orang asing ataupun orang Israel, dia
tidak akan dianggap sebagai umat-Ku lagi."
21
Musa memanggil semua pemimpin Israel dan berkata kepada mereka, "Setiap
orang daripada kamu harus mengambil seekor anak domba atau seekor anak kambing
untuk keluarga masing-masing. Kemudian sembelihlah binatang itu supaya keluarga kamu
dapat merayakan Paska.
22
Ambillah seikat hisop dan celupkannya ke dalam mangkuk yang berisi darah binatang itu,
lalu
sapukan darah itu pada tiang pintu dan ambang pintu rumah kamu. Tiada
seorang pun boleh keluar dari rumah sehingga pagi.
23
Apabila TUHAN menjelajahi seluruh negeri Mesir untuk membunuh orang Mesir,
TUHAN akan nampak darah pada tiang pintu dan ambang pintu rumah kamu, maka Dia
akan lalu dan tidak membenarkan Malaikat Maut masuk ke dalam rumah kamu untuk membunuh kamu.
24
Kamu dan anak-anak kamu mesti patuh kepada peraturan ini selama-lamanya.
25
Apabila kamu masuk ke negeri yang telah dijanjikan TUHAN kepada kamu, kamu
mesti mengadakan upacara ini.
26
Apabila anak-anak kamu bertanya, 'Apakah makna upacara ini?'
27
Kamu harus menjawab, 'Inilah korban Paska untuk menghormati TUHAN, kerana Dia
telah melalui rumah orang Israel di Mesir. Dia membunuh orang Mesir, tetapi Dia
membiarkan kita hidup.'" Kemudian orang Israel bersujud menyembah.
28
Selepas itu mereka pergi dan melakukan apa yang telah diperintahkan TUHAN kepada Musa dan Harun.
Imamat 23:5
5
Perayaan Paska, yang dirayakan untuk menghormati TUHAN, bermula pada saat
matahari terbenam, pada hari keempat belas bulan pertama.